Jul 24, 2017
Dec 17, 2016
Kami Keluar dengan terpaksa, kami akan kembali ke Aleppo !!!
Beberapa penduduk Aleppo yang tiba di kawasan
barat bandar tersebut menegaskan bahawa , mereka melarikan diri kerana terpaksa, dan pulangan semula
mereka ke Aleppo dalam masa terdekat.
Sumber penentang
Basyar di Syria melaporkan bahawa militia Iran menangkap orang
awam yang sedang dalam perjalanan ke barat kawasan luar bandar Aleppo.
Wartawan al Jazeera juga melaporkan bahawa proses pemindahan
penduduk Aleppo berhenti selepas berlaku
tembakan dan serangan daripada militan penyokong Basyar.
Sumber daripada penentang
Basyar bahawa proses pemindahan itu
terhenti selepas sebuah kereta Bulan Sabit Merah tiba-tiba kembali semula ke kawasan penentang di Ramouseh.
Dalam nada yang sama, Pertubuhan Kesihatan Sedunia berkata
pemindahan orang awam, termasuk kanak-kanak dan orang yang cedera di timur
Aleppo pada Jumaat berhenti, telah dimaklumkan mengenai organisasi bantuan
untuk meninggalkan kawasan itu tanpa penjelasan.
Sebaliknya, Pusat Tentera Russia di lapangan terbang
Humaimam berkata tentera Syria mengikuti apa yang di sifatkan sebagai proses
membebaskan seluruh daerah-daerah timur Aleppo daripada pemberontak selepas
proses pemindahan.
Beliau menjelaskan bahawa jumlah mangsa yang di pindahkan dari kawasan Timur Aleppo
daripada maklumat Pusat Tentera Russia melebihi 9,500 orang, termasuk wanita
dan kanak-kanak.
Siapa yang menyekat evakuasi penduduk awam Aleppo ke sempadan Turkey ?
Sumber berita daripada aljazeera.net mengatakan militan dari Iran dan Lubnan membunuh dan menangkap penduduk awan yang di evakuasi ketika keluar dari Aleppo selepas menyekat bas yang membawa ratusan pelarian Aleppo dan Idlib .Puak FSA menyatakan bahasa 40 ribu masih terkepung di Timur Aleppo.Pls pray for Aleppo.http://www.aljazeera.net/news/arabic
Nov 30, 2016
Turkey bersama FSA memerangi Penzalim Basyar Al Asad
Erdorgan : Kami memasuki Syria untuk menghentikan kezaliman Bashar Al Asad.(aljazeera.net)
Berkata Presiden Turkey Rejab Tayyib Erdorgan : Sesungguhnya Turkey berikrar untuk memasuki Syria bersama Tentera Pembebasan Syria FSA ,setelah melihat perkembangan PBB yang tidak membuat apa apa tindakan ke atas puak penzalim yang berlaku di Bumi Syiria.
Subscribe to:
Posts (Atom)




