Nov 30, 2016

Perginya Satu Team Bolasepak akibat Kapal Terbang Terhempas Di Colombia

pasukan bolasepak brasil sebelum berlepas 


Colombia : Sebuah pesawat sewaaan khas 81 penumpang termasuk pasukan bola sepak Divisyen Satu Brazil yang sedang menuju ke Colombia bagi aksi perlawanan akhir satu kejohanan wilayah terhempas dalam perjalanan ke Lapangan Antarabangsa Medellin, lapor Associated Press.

Menurut pihak berkuasa penerbangan 6 selamat daripada kejadian tersebut.Datuk Bandar Medellin, Federico Gutierrez Gutierrez memberitahu,ini adalah tragedi yang amat besar. Menurut pihak berkuasa,pesawat British Aerospace 146 jarak dekat tersebut dikendalikan oleh sebuah syarikat sewaan pesawat Bolivia, Lamia.

Pengumuman kecemasan pada jam 10 malam pada Isnin (0300 GMT) bahawa mereka berhadapan kegagalan enjin oleh juruterbang .Pihak berkuasa danPasukan penyelamat di aktifkan tetapi jarak penglihatan yang terhad menyebabkan helicoptor terpaksa kembali ke pengkalan.

Pesawat itu di katakan singgah di Santa Cruz, Bolivia untuk membawa pasukan dari Brazil itu .

Ketika tragedi, pesawat itu membawa 72 penumpang dan sembilan krew penerbangan, kata pihak berkuasa.Pesawat ini juga pernah membawa pasukan kebangsaan Argentina dalam perlawnan awal bulan ini di Brazil.



No comments:

Post a Comment