Apr 3, 2020

Kambing di Wales dan serigala di San Francisco ... Corona membuka jalan haiwan liar ke bandar.




Ketika mana virus Corona menghalang orang daripada keluar rumah mereka, haiwan keluar dengan bebas dan gembira. Terdapat kambing   di Wales, dan serigala koyote bermain di jalan-jalan di bandar San Francisco, Amerika Syarikat, dan tikus-tikus besar terdapat di mana-mana.

Penduduk Llandudno, sebuah bandar pantai di Wales berkata dia melihat kawanan kambing Kashmiri liar dengan rambut putih halus seperti berjalan kaki di jalan-jalan  bandar yang sepi mencari makanan sehingga kenyang, termasuk  yang memanjat tembok bangunan tanpa takut seperti biasa apabila ada manusia.

Seorang Penulis laporan ini di "New York Times" Sandra Garcia menegaskan bahawa penutupan aktiviti komersial di bandar-bandar memberi peluang yang jarang berlaku bagi penduduknya untuk mengetahui apa yang dilakukan oleh haiwan ini, yang biasanya jauh daripada manusia ketika mereka berada dalam kelompok mereka.

Di San Francisco, di Amerika Syarikat, penduduk bandar terpaksa menjalankan penjarakkan sosial selama tempoh dua minggu, dan mereka tidak  meninggalkan rumah mereka kecuali untuk membeli-belah, pergi ke farmasi atau melakukan tugas lain yang perlu.
Dan selebihnya,jalanan di penuhi  serigala koyote yang  berusaha  masuk ke bandar ketika sedikit pergerakan kereta, seolah-olah tertanya -tanya di mana semua orang pergi?



Saintis  di Persatuan Pengurusan Serangga Kebangsaan Jim Friedrichs mengatakan bahawa penjarakkan sosial tidak meningkatkan bilangan haiwan liar, tetapi nampaknya ia telah mengubah tingkah laku mereka dalam mencari sumber makanan baru, "dan apa yang kita lihat ialah mencari makanan di tempat  yang mereka tidak pernah berada sebelum ini dan bahagian yang sepi sekarang adalah manusia. "

Apakah penguatkuasaan penutupan secara total di Louisiana, yang menyebabkan penutupan restoran, sehingga tikus-tikus keluar dari tempat persembunyian mereka di New Orleans seolah-olah tertanya-tanya pelik di mana  kebanyakkan manusia dan sampah mereka yang memenuhi  kawasan French Quarter.

Mengenai fenomena ini, Claudia Regel, Pengarah Eksekutif Majlis
Kawalan nyamuk, anai-anai dan tikus  menyatakan, "Haiwan itu makan daripada sampah, dan restoran menghasilkan banyak sampah dan kini semua telah tiada.

Dr Fredericks menganggap masa ini putus asa  tikus untuk mendapatkan makanan dan  peluang untuk masyarakat mengawal haiwan perosak ini di mana tikus-tikus boleh di tangkap dengan umpanan dalam perangkap.




No comments:

Post a Comment