Dec 17, 2016

Kami Keluar dengan terpaksa, kami akan kembali ke Aleppo !!!



 Beberapa penduduk Aleppo yang tiba di kawasan barat bandar tersebut menegaskan bahawa , mereka melarikan diri kerana terpaksa, dan pulangan semula mereka ke Aleppo dalam masa terdekat.
Sumber  penentang Basyar di  Syria  melaporkan bahawa militia Iran menangkap orang awam yang sedang dalam perjalanan ke barat kawasan luar bandar Aleppo.

Wartawan al Jazeera  juga melaporkan bahawa proses pemindahan penduduk Aleppo berhenti selepas  berlaku tembakan dan serangan daripada militan penyokong Basyar.
Sumber  daripada penentang Basyar  bahawa proses pemindahan itu terhenti selepas sebuah kereta Bulan Sabit Merah tiba-tiba  kembali semula ke kawasan  penentang di Ramouseh.

Dalam nada yang sama, Pertubuhan Kesihatan Sedunia berkata pemindahan orang awam, termasuk kanak-kanak dan orang yang cedera di timur Aleppo pada Jumaat berhenti, telah dimaklumkan mengenai organisasi bantuan untuk meninggalkan kawasan itu tanpa penjelasan.

Sebaliknya, Pusat Tentera Russia di lapangan terbang Humaimam berkata tentera Syria mengikuti apa yang di sifatkan sebagai proses membebaskan seluruh daerah-daerah timur Aleppo daripada pemberontak selepas proses pemindahan.


Beliau menjelaskan bahawa jumlah mangsa  yang di pindahkan dari kawasan Timur Aleppo daripada maklumat Pusat Tentera Russia melebihi 9,500 orang, termasuk wanita dan kanak-kanak.

No comments:

Post a Comment