Aug 22, 2017

Emas Hampir Pasti Buat Skuad Futsal Negara.


SHAH ALAM: Skuad futsal lelaki negara kini semakin hampir mengalung pingat emas selepas membelasah Indonesia 5-0 di Kompleks Sukan Panasonic, malam ini.
Bagaimanapun, skuad  futsal negara berdepan tugas getir apabila mesti
menang pada perlawanan terakhir berdepan Thailand, Ahad ini.
Skuad kendalian Chiew Chun Yong beraksi dengan aksi yang membanggakan. Kemenangan ke atas Indonesia  membolehkan Malaysia kekal di kedudukan teratas carta dengan mengumpul tujuh mata.
Malaysia mendapat peluang untuk mendahului pada minit ke-10, namun percubaan jarak dekat Abu Hanifah Hasan diselamatkan penjaga gol Indonesia.
Selepas dua minit, Mohd Ridzwan Bakri berjaya menewaskan penjaga gol Indonesia Muhammad Al Baqir.
Pada minit ke 15 Indonesia cuba menyamakan kedudukan menerusi pemainnya Syauqi Saad tetapi sedikit melepasi palang gol.
Mohd Ridzuan menambah keceriaan penyokong Malaysia dengan menambah gol ke 2 menerusi hantaran Khairul Effendy Bahrin.
Gol ketiga Malaysia menerusi   Azri Rahman pada minit ke-31 disusuli dengan jaringan keempat yang disumbangkan Awalluddin Mat Nawi seminit kemudian menambah keperitan Indonesia untuk mengejar skuad Malaysia.
Tiga minit sebelum perlawanan berakhir, Kharul Effendy menambah derita Indonesia apabila menjaringkan gol ke 5 hasil rembatan jarak jauh.
Tahniah.

No comments:

Post a Comment