Aug 22, 2017

Emas Hampir Pasti Buat Skuad Futsal Negara.


SHAH ALAM: Skuad futsal lelaki negara kini semakin hampir mengalung pingat emas selepas membelasah Indonesia 5-0 di Kompleks Sukan Panasonic, malam ini.
Bagaimanapun, skuad  futsal negara berdepan tugas getir apabila mesti
menang pada perlawanan terakhir berdepan Thailand, Ahad ini.
Skuad kendalian Chiew Chun Yong beraksi dengan aksi yang membanggakan. Kemenangan ke atas Indonesia  membolehkan Malaysia kekal di kedudukan teratas carta dengan mengumpul tujuh mata.
Malaysia mendapat peluang untuk mendahului pada minit ke-10, namun percubaan jarak dekat Abu Hanifah Hasan diselamatkan penjaga gol Indonesia.
Selepas dua minit, Mohd Ridzwan Bakri berjaya menewaskan penjaga gol Indonesia Muhammad Al Baqir.
Pada minit ke 15 Indonesia cuba menyamakan kedudukan menerusi pemainnya Syauqi Saad tetapi sedikit melepasi palang gol.
Mohd Ridzuan menambah keceriaan penyokong Malaysia dengan menambah gol ke 2 menerusi hantaran Khairul Effendy Bahrin.
Gol ketiga Malaysia menerusi   Azri Rahman pada minit ke-31 disusuli dengan jaringan keempat yang disumbangkan Awalluddin Mat Nawi seminit kemudian menambah keperitan Indonesia untuk mengejar skuad Malaysia.
Tiga minit sebelum perlawanan berakhir, Kharul Effendy menambah derita Indonesia apabila menjaringkan gol ke 5 hasil rembatan jarak jauh.
Tahniah.

Aug 19, 2017

13 terbunuh serangan di Barcelona, Isis mengaku bertanggungjawab


Kerajaan Catalonia Sepanyol mengumunkan 13 mati ratusan cedera dalam serangan di tengah bandar Barcelona.Sementara Daesh mengaku bertanggungjawab.

Menteri Luar Qatar : Negara pemboikot gagal menunjukkan bukti....

Berkata Menteri Luar Qatar Sheikh Muhammad Abd Rahman Ali Thani : Negara pembaikot gagal menunjukkan sebarang bukti Qatar membantu pengganas selepas 73 hari memboikot dan memutuskan hubungan dengan negaranya.

Berdasarkan pertemuannya dengan rakan sejawat dari Norway Borge Brende bagi membincangkan krisis teluk dan serantau terutamanya perang di Yaman.

Beliau berkata dalam sesi sidang akhbar di Oslo sesungguhnya empat negara pemboikot masih gagal memberi sebarang bukti dakwaan Doha membantu aktiviti keganasan .

Negara pemboikot turut membeli dan menguasai stesen tv arab bagi menyiarkan gambaran buruk tentang Qatar .

Beliau berkata lagi 1000 jemaah haji Qatar telah memasuki Saudi Arabia sejak kelmarin .Menyekat jemaah haji Qatar adalah faktor politik dan membenarkan juga adalah faktor politik.
Sehingga sekarang Kerajaan Saudi tidak membalas sebarang tuntutan Qatar agar jemaah haji mereka di beri hak dan perlindungan keselamatan dalam keadaan hasutan berterusan dari media Saudi.

Aug 18, 2017

Berhati-hati !!! Pencuri Guna Alat Kawalan Jauh ...kereta anda di Mana ?

Lagak tuan punya

Kajang: Sekumpulan penjenayah dikesan menggunakan gajet elektronik yang mampu membuka pintu kenderaan tanpa mengaktifkan sistem penggera keselamatan.

Terbaru seorang doktor lelaki kerugian lebih RM5,000 selepas beg miliknya yang diletakkan di dalam but kereta dilarikan penjenayah ketika berada di Dataran C180, Cheras Selatan, di sini, kelmarin.

Difahamkan doktor berusia 28 tahun itu meletakkan beg mengandungi wang, dokumen serta dua telefon pintar Iphone 4s dan Iphone 5 untuk keluar makan malam di restoran berhampiran pada jam 6.15 petang.

Sumber berkata, mangsa bagaimanapun terkejut apabila mendapati beg miliknya lesap sebaik selesai makan.

“Berdasarkan penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran restoran itu mendapati seorang lelaki menggunakan gajet menyerupai alat kawalan jauh untuk membuka dan mengunci kereta mangsa dengan mudah.

“Dengan lagak seolah-olah pemilik sebenar kereta itu, suspek menghampiri kenderaan yang disasarkan lalu menekan alat kawalan jauh sebelum membuka pintu pemandu dan menggeledah but kereta,” katanya.

Katanya, taktik licik penjenayah sukar dikesan berikutan suspek akan mengunci semula kenderaan mangsa tanpa meninggal sebarang kesan.

Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kajang bagi membolehkan siasatan dijalankan.

Sumber turut memaklumkan, beberapa lagi mangsa mengadu mengalami kejadian sama malah suspek dikesan masih berkeliaran melakukan jenayah itu di sekitar Kajang dan Serdang.

Berita gembira buat pasangan GAY ....Pasangan gay sabar menanti Kelahiran......





Presiden Zimbabwe Robert Mugabe akan memenjarakan pasangan gay di negara itu dan berjanji akan membebaskan mereka apabila berjaya melahirkan anak .

https://zimbabwe-today.com/anti-gay-zimbabwe-president-mugabe-orders-release-jailed-gay-couple-one-gets-pregnant/