Dec 17, 2016

Kami Keluar dengan terpaksa, kami akan kembali ke Aleppo !!!



 Beberapa penduduk Aleppo yang tiba di kawasan barat bandar tersebut menegaskan bahawa , mereka melarikan diri kerana terpaksa, dan pulangan semula mereka ke Aleppo dalam masa terdekat.
Sumber  penentang Basyar di  Syria  melaporkan bahawa militia Iran menangkap orang awam yang sedang dalam perjalanan ke barat kawasan luar bandar Aleppo.

Wartawan al Jazeera  juga melaporkan bahawa proses pemindahan penduduk Aleppo berhenti selepas  berlaku tembakan dan serangan daripada militan penyokong Basyar.
Sumber  daripada penentang Basyar  bahawa proses pemindahan itu terhenti selepas sebuah kereta Bulan Sabit Merah tiba-tiba  kembali semula ke kawasan  penentang di Ramouseh.

Dalam nada yang sama, Pertubuhan Kesihatan Sedunia berkata pemindahan orang awam, termasuk kanak-kanak dan orang yang cedera di timur Aleppo pada Jumaat berhenti, telah dimaklumkan mengenai organisasi bantuan untuk meninggalkan kawasan itu tanpa penjelasan.

Sebaliknya, Pusat Tentera Russia di lapangan terbang Humaimam berkata tentera Syria mengikuti apa yang di sifatkan sebagai proses membebaskan seluruh daerah-daerah timur Aleppo daripada pemberontak selepas proses pemindahan.


Beliau menjelaskan bahawa jumlah mangsa  yang di pindahkan dari kawasan Timur Aleppo daripada maklumat Pusat Tentera Russia melebihi 9,500 orang, termasuk wanita dan kanak-kanak.

Siapa yang menyekat evakuasi penduduk awam Aleppo ke sempadan Turkey ?

Sumber berita daripada aljazeera.net mengatakan militan dari Iran dan Lubnan  membunuh dan menangkap penduduk awan yang di evakuasi ketika keluar dari Aleppo selepas menyekat bas yang membawa ratusan pelarian Aleppo dan Idlib .Puak FSA menyatakan bahasa 40 ribu masih terkepung di Timur Aleppo.Pls pray for Aleppo.http://www.aljazeera.net/news/arabic

Nov 30, 2016

Turkey bersama FSA memerangi Penzalim Basyar Al Asad


Erdorgan : Kami memasuki Syria untuk menghentikan kezaliman Bashar Al Asad.(aljazeera.net)

Berkata Presiden Turkey Rejab Tayyib Erdorgan : Sesungguhnya Turkey berikrar untuk memasuki Syria bersama Tentera Pembebasan Syria FSA ,setelah melihat perkembangan PBB yang tidak membuat apa apa tindakan ke atas puak penzalim yang berlaku di Bumi Syiria.

Perginya Satu Team Bolasepak akibat Kapal Terbang Terhempas Di Colombia

Puluhan mati serangan terbaru di Aleppo dan Idlib



Aleppo : Rejim Basyar Al Asad membunuh rakyatnya sendiri dengan serangan udara berterusan mengakibatkan 40 kematian di Aleppo Utara Syria  dan membunuh 11 penduduk, mencederakan yang lain daripada serangan rejim Syria dan Russia di Idlib selatan Syria.

Sumber aljazeera.net