Oct 20, 2018

Siapa jamal khashoggi ? Kenapa di Bunuh Kejam ?



BAKAL PENGANTIN MATI DIBUNUH KEJAM KERANA PRO-IKHWAN MUSLIMIN, TURKI & QATAR
Siapa Jamal Kashoggi? Siapa bakal isteri beliau? Kenapa begitu dahsyat sekali pembunuhan yang dilakukan Arab Saudi ke atas beliau? Apa hubungan beliau dengan pesaing Arab Saudi iaitu gerakan Islamis Ikhwan Muslimin, Turki dan Qatar?
1. Nama Jamal Kashoggi tiba-tiba menggegarkan arena politik antarabangsa. Pada mulanya, lelaki Arab Saudi ini yang sepatutnya melangsungkan perkahwinannya tidak lama lagi telah disytiharkan hilang selepas beliau pergi ke Kedutaan Arab Saudi di Istanbul, Turki untuk urusan persediaan perkahwinannya. Akhirnya kebenaran tidak dapat disembunyikan lagi: pihak Turki memiliki bukti bahawa beliau telah mati dibunuh dengan dikerat hidup-hidup, dipenggal dan anggota badannya direndam dalam asid untuk menghapuskan bukti pembunuhan dahsyat di Kedutaan Arab Saudi di Istanbul ini.
2. Jamal Kashoggi bukanlah sebarangan lelaki. Beliau sebenarnya pernah berkhidmat dengan agensi perisikan Arab Saudi selama lebih 20 tahun sebelum hari ini terkenal sebagai seorang penulis dan wartawan yang berpengaruh dan banyak mengkritik rejim monarki Arab Saudi yang diketuai oleh Raja Salman dan Putera Mohammed Bin Salman.
3. Beliau pernah berkhidmat di bawah Putera Turki al-Faisal, Putera Bandar al-Sultan dan arkitek badan perisikan Arab Saudi sendiri iaitu Brigadier-General Yousuf al Idrissi. Beliau pernah menulis laporan pada 1994 bahawa usaha Arab Saudi untuk menghapuskan pengaruh gerakan Islamis yang paling berkuasa di Mesir iaitu Ikhwan Muslimin adalah sia-sia.
4. Hubungan Jamal Kashoggi dengan gerakan Islamis Ikhwan Muslimin menjadi fokus utama yang mengakibatkan pembunuhan kejam ke atas beliau ini. Beliau pada asalnya menyertai jemaah Ikhwan Muslimin pada waktu muda sebelum berkhidmat dengan kerajaan Arab Saudi.
5. Susulan pendirian beliau yang menentang tindakan Putera Mohammed Bin Salman seperti memerangi Yaman, memulau Qatar, dan rapat dengan Donald Trump, beliau telah bertindak nekad melarikan diri dari Arab Saudi pada September 2017. Jamal Kashoggi juga lantang mengkritik Israel dan sering menyeru para pemimpin Dunia Islam dan Arab khususnya agar berjuang menentang Israel. Pada 2 Oktober 2018, beliau telah ke Kedutaan Arab Saudi untuk urusan perkahwinannya – itulah hari terakhir beliau dilihat di khalayak ramai.
6. Adakah beliau dibunuh hanya semata-mata kerana ‘mengkritik Raja Salman dan Putera Mohammed Bin Salman’ atau dasar luar agresif Arab Saudi? Tidak, motif yang lebih kukuh adalah pada bakal isterinya dan juga perancangan Jamal Kashoggi sendiri.
7. Siapakah bakal isteri Jamal Kashoggi? Beliau ialah seorang wanita Turki bernama Hatice Cengiz. Siapakah Hatice Cengiz ini? Beliau ialah seorang diplomat dan merupakan anak perempuan kepada bekas penasihat Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan. Apakah perancangan Kashoggi? Beliau merancang untuk menubuhkan sebuah Pusat di Turki dengan bantuan dana Turki dan Qatar – dua negara yang pro-Ikhwan Muslimin dan pesaing kuat kepada dominasi Arab Saudi di Timur Tengah.
8. Hakikatnya, jika Putera Mohammed Bin Salman sekadar ingin membunuh Kashoggi, beliau boleh mengupah mana-mana pembunuh upahan untuk membunuh Kashoggi di jalanan Istanbul. Sebaliknya, beliau ingin menyoal-siasat Kashoggi terlebih dahulu dan mendapatkan pelbagai maklumat hubungan dan perancangan beliau. Tentu sahaja, perancangan Kashoggi untuk menubuhkan pusat di Turki dengan dana Turki dan Qatar – yang masih dipulaukan oleh Arab Saudi – cukup mengancam rejim Mohammad Bin Salman.
9. Hal ini demikian kerana Kashoggi memiliki rangkaian yang cukup besar dan meluas di dalam mahu pun di luar Arab Saudi. Maka tidak menghairankan apabila Putera Mohammad Bin Salman mengutuskan pembantu beliau sendiri, iaitu Maher Abdulaziz Mutreb ke Istanbul untuk ‘menguruskan’ Kashoggi.
10. Rahsia ini bocor apabila seramai 15 orang ejen dari Arab Saudi – termasuk ahli patologi – dikesan terlibat hasil siasatan pihak berkuasa Turki. Malah, foto pembantu Putera Mohammad Bin Salman, iaitu Maher Abdulaziz Mutreb memasuki Kedutaan Arab Saudi beberapa jam sebelum ‘kehilangan’ Kashoggi juga telah didedahkan.
11. Kedutaan Arab Saudi yang pada mulanya mendakwa bahawa Kashoggi telah pun keluar beredar dari kedutaan di Istanbul selepas urusan beliau selesai akhirnya menukar kenyataan mereka. Terbaru, mereka mengakui bahawa Kashoggi telah ‘terbunuh’ dalam kedutaan.
12. Apa pula reaksi ‘polis dunia’ iaitu Amerika Syarikat yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia dan kebebasan bersuara para wartawan? Seperti diduga, Presiden Trump mengulangi kenyataan bahawa Arab Saudi ialah sahabat dan sekutu paling penting bagi Amerika Syarikat di Timur Tengah.
13. Pastinya, Arab Saudi dan Amerika Syarikat cukup gerun dengan perancangan Kashoggi yang boleh mengukuhkan pengaruh Ikhwan di Timur Tengah – apatah lagi dengan dukungan Turki dan Qatar di samping pengalaman beliau dalam perisikan Arab Saudi. Dari segi luaran, gerakan Ikhwan Muslimin hari ini semakin berpengaruh dalam politik negara sekutu Saudi iaitu Bahrain, Kuwait, dan Jordan serta turut memerintah di Maghribi, dan berpengaruh di Tunisia. Dari segi dalaman pula suara tentangan terhadap Raja Salman dan Putera Mohammad Bin Salman semakin jelas kedengaran. Begitulah bahayanya seorang lelaki bernama Jamal Kashoggi ini.
Semoga keadilan dapat ditegakkan dalam kes pembunuhan berprofil tinggi ini dan seluruh dunia Islam juga tidak wajar berdiam diri semata-mata kerana menjaga kepentingan dengan Arab Saudi dan Amerika Syarikat.
Oleh: Abdul Muein Abadi
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Aug 12, 2018

Bunuh diri semakin meningkat di Mesir disebabkan oleh keadaan ekonomi semakin merosot ?

Sungai Nil yang menjadi sumber utama rakyat Mesir berubah menjadi tempat bunuh diri .
"Sungai Nil, Pemberi kehidupan," adalah fakta sejarah yang diketahui Umum tentang Mesir, tetapi menjadi medan kematian kepada mereka yang melarikan diri dari penderitaan hidup.
Jambatan Istana Nil berhampiran Dataran Tahrir di tengah Kaherah telah menjadi destinasi pilihan bagi mereka yang ingin membunuh diri.
Air berkilauan ini, yang sebelum ini berabad-abad lamanya mengorbankan pengantin sungai Nil sebagai korban untuk mengelakkan kekeringan dalam upacara epik , telah menjadi arena bagi orang-orang yang ditindas dan yang berputus asa untuk hidup.

Jul 11, 2018

Thailand dan Arab - sudut pandang ke atas darah yang murah dan mahal



Sayed Ahmed El Khader

Pada bulan Februari 2014, pemuda Mesir terkandas di  Gunung  rakan mereka memohon pertolongan kepada pihak berkuasa untuk mencari mereka. Empat tahun kemudian, kejadian serupa berlaku di Thailand dan satu lagi di Mauritania.

Jarak antara Thailand dan Afrika Utara sangat jauh dari beribu-ribu kilometer, dan perbezaannya jelas antara keperluan untuk membantu kedua-dua pihak.

http://www.aljazeera.net/news/reportsandinterviews/2018/7/10/%D8%AA%D8%A7%D9%8A%D9%84%D9%86%D8%AF-%D9%88%D8%A7%D9%84%D8%B9%D8%B1%D8%A8-%D9%86%D8%B8%D8%B1%D8%A9-%D8%B9%D9%84%D9%89-%D8%A7%D9%84%D8%AF%D9%85-%D8%A7%D9%84%D8%BA%D8%A7%D9%84%D9%8A-%D9%88%D8%A7%D9%84%D8%B1%D8%AE%D9%8A%D8%B5

Jan 29, 2018

Sejarah Penggunaan Nama Muhammad

Sejarah penggunaan nama muhammad didalam nama nama ummat islam....
Persoalan..
Kenapakah para sahabat tidak ramai yang menggunakan nama muhammad didalam nama mereka??
*******
Kerana diantara sebabnya..
* keagungan nama muhammad jika diletakkan pada anak anak..
Maka sudah barang pasti anak anak itu akan dipukul jika mereka nakal atas tujuan tarbiah tarbiah mendidik mereka..
Dan juga ada sebab sebab lain lagi demi menjaga kesucian nama muhammad.....
Maka para sahabat tidak ramai yang memakai nama muhammad untuk anak anak mereka.....
Simbolik rasa cinta yang tinggi dalam diri mereka terhadap nama itu
***
Kemudian sampai disatu zaman di magribi atau morocco...
Nama muhammad ditambah
Sidi muhammad...
Sebagai membezakan dan mengagungkan nama muhammad...
******
Kemudian apabila sampai dizaman khilafah uthmaniah turkey....
Nama muhammad digandingkan menjadi dua nama.....
Sehinggalah hari ini mengambil keberkatan nama muhammad....
Seperti contohnya..
Muhammad fattah amin......
Dalam sebuah hadis
Para sahabat nabi ada memberikan nama anak mereka muhammad....
Tetapi mereka melarang diri mereka menggunakan panggilan gelaran nama nabi pada anak mereka...
Contoh...
Namanya muhammad.....
Tapi mereka tidak panggil nama anak itu abal qaasim...
Kerana banyak panggilan2 khusus bagi nabi dilarang untuk digunakan.
.
عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ -رضي الله عنهما- أَنَّهُ قَالَ: "وُلِدَ لِرَجُلٍ مِنَّا مِنَ الأَنْصَارِ غُلاَمٌ، فَأَرَادَ أَنْ يُسَمِّيَهُ مُحَمَّدًا
Daripada jabir radiallaahu anh..
Ada seorang lelaki dari ansar..dikurniakan seorang anak..
Lalu mereka mahu meletakkan nama bagi anak itu dengan nama muhammad..
- قَالَ شُعْبَةُ فِي حَدِيثِ مَنْصُورٍ: إِنَّ الأَنْصَارِيَّ قَالَ: حَمَلْتُهُ عَلَى عُنُقِي، فَأَتَيْتُ بِهِ النَّبِيَّ -صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ-. وَفِي حَدِيثِ سُلَيْمَانَ: وُلِدَ لَهُ غُلاَمٌ فَأَرَادَ أَنْ يُسَمِّيَهُ مُحَمَّدًا -قَالَ: سَمُّوا بِاسْمِي وَلاَ تَكَنَّوْا بِكُنْيَتِي،
Maka orang ansar berkata.
Aku meletakkan anak itu diatas leherku dan aku bawa bertemu baginda rasulullah s a w...
Beliau nyatakan hasratnya untuk meletakkan nama.muhammad pada anaknya..
Lalu baginda bersabda.
Letakkan lah nama bagi anakmu dengan namaku..
Dan jangan memanggilnya dengan nama gelaranku....
Wallaahu a3lam...
Masyaallah nama muhammad paling ramai diatas muma bumi ini...
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه اجمعين

Liverpool mengatur strategi menghalang Real daripada menculik Mo Salah






Liverpool sedang bersedia untuk menawarkan kontrak baru kepada bintang Mesir, Mohamed Salah dan meyakinkannya untuk terus bersama kelab itu.

Akhbar Sunday Express melaporkan bahawa Liverpool berhasrat untuk memberikan kontrak  baru untuk menghindarkannya dari kelab-kelab utama yang ingin melamarnya, terutama Real Madrid.

Banyak laporan mengaitkan Mohamed Salah kepada Real Madrid pada musim panas akan datang sebagai sebahagian daripada rancangan kelab diraja untuk membina semula pasukan, yang telah menjadi musim buruk setakat ini.

Walau bagaimanapun, akhbar tersebut memetik pemain Mesir yang mengatakan bahawa ia sukar untuk menentang kepentingan Real Madrid. Mereka menegaskan bahawa Salah tidak dapat menolak tawaran untuk menyertai Royal Club.

Salah telah membuat permulaan yang sempurna untuk Liverpool dan telah menjaringkan 23 gol dalam semua pertandingan sejak menyertai Liverpool musim panas lalu dari Rom di bawah perjanjian selama lima tahun kira-kira 41 juta euro.